Rabu, 17 September 2014

PUTRAJAYA - IKLAN MENCARI PENGASUH ANAK HARIAN ATAU HUJUNG MINGGU..PUSAT JAGAAN KANAK ...TADIKA TASKA








TIP TIP PILIH PENGASUH ANAK @ BABY


Biasanya tugas mencari dan memilih pengasuh anak terletak di tangan ibu. Untuk ibu yang sibuk bekerja tentu sahaja mesti memikirkan pengasuh anak setelah melahirkan bayi. Tugas ini bukanlah mudah kerana mencari orang terbaik untuk menjaga dan mengasuh anak kita perlukan penelitian.

Sebagai ibu, pastinya kita mahu yang terbaik untuk si kecil yang disayangi. Mencari orang yang boleh dipercayai dan menyayangi anak kita seperti anak sendiri tugas berat yang perlu digalas oleh seroang ibu.

Apatah lagi kini banyak berita tersiar mengenai pengasuh yang mencederakan bayi jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. Tentu sahaja ibu merupakan orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut.  Tetapi kehidupan perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh selamat dan selesa.

Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada dalam diri kita yang bergelar ibu. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah hati anda berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita menjadi cerewet. Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik anda ambil tahu apa ciri-ciri yang mesti diberi perhatian.

Memeriksa latar belakang
Sebelum memilih pengasuh pastikan anda sudah membuat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui pengalaman mereka. Anda perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.

Saranan daripada orang yang dipercayai
Lebih baik jika pengasuh atau taska pilihan anda disarankan oleh mereka yang rapat dengan anda. Sekurang-kuranganya pendapat dan saranan mereka boleh dipercayai. Oleh itu disarankan memilih pengasuh yang pernah juga digunakan oleh mereka.

Kualiti vs harga
Tidak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, anda boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

Kebersihan
Faktor yang satu ini juga perlu diberi perhatian. Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk pemilihan pengasuh. Secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran tahap kebersihan mereka.


http://putrajayabiz.blogspot.com/2011/12/pengasuh-anak-diperlukan.html

Tiada ulasan: