Jumaat, 3 Mei 2013

PUTRAJAYA OH PUTRAJAYA ...




Putrajaya-Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, terletak di kawasan seluas 4,931 hektar dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Terletak secara strategik lebih kurang 25km di selatan Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dihubungkan oleh lingkaran lebuhraya serta Tren KLIA Ekspres dari Stesen KL Sentral ke KLIA melalui transit di Putrajaya Sentral, Presint 7.
Bandar Dalam Taman
Pembangunan Putrajaya adalah berasaskan konsep “Bandar Dalam Taman” di mana hampir 38% kawasan bandar dikhaskan untuk taman, tasik dan wetland manakala selebihnya dijadikan kawasan pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pejabat-pejabat, pusat komersial, kawasan perumahan, kemudahan awam dan utiliti. Antara elemen utama yang terdapat di bandar ini adalah Tasik Putrajaya, iaitu tasik buatan manusia seluas 600 hektar yang merupakan nadi utama Putrajaya. Tasik ini juga menjadi tumpuan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti aktiviti berkayuh, kayak dan memancing.
Bandaraya Pintar
Terletak di Koridor Raya Multimedia, dan selaras dengan inisiatif kerajaan iaitu e-kerajaan, Bandar Putrajaya dibangunkan berkonsepkan bandar pintar dengan rangkaian aplikasi komunikasi canggih yang menghubungkan antara pejabat pentadbiran kerajaan, dengan komuniti perdagangan, komuniti setempat dan orang awam.

Tiada ulasan: