Isnin, 23 Mei 2011

SEMINAR HARTANAH DAN KERJAYA PERUNDING HARTANAH




Satu Pendedahan Eksklusif Bagaimana Menjadi Ejen Perunding Hartanah Yang Profesional & Lumayan.
"Terbongkar! Satu Peluang Kerjaya Yang Memberikan Pulangan Yang Amat Lumayan. Perniagaan Multi Billionaire. Kerjaya Dalam Bidang Hartanah Adalah Kerjaya Jutawan Di Dunia."

KLIK DISINI




Di sini saya nak kongsikan beberapa cerita/kisah benar (bukannya rekaan):

Kisah 1: Seorang rakan senior ejen satu agensi dengan saya berjaya menjual hartanah yang melayakkan beliau menerima komisyen RM20,000++. Anda nak tahu berapa nilai rumah tersebut? Bernilai RM900,000, wahai kawan-kawan.

Kisah 2: Seorang Lawyer yang hendak membuat S&P (Sales & Purchase Agreement), amat terkejut dengan kes yang beliau terima. Kes 2 unit rumah yang bernilai RM400,000 yang telah dihantar oleh seorang ejen. Bila beliau buat pengiraan semula berapa komisyen ejen tersebut : 2.75% x RM400,000 = RM11,000. 2 kes bermakna RM11,000 x 2 = RM 22,000.

Wow, beliau terkedu dan termenung seketika. "Aku nak dapat kes macam ni pun punyalah berjanggut, dia boleh hantar terus 2 kes bernilai RM22,000." Sejak daripada peristiwa itu, lawyer ini mengambil keputusan untuk ceburkan diri dalam bidang Real Estate Negotiator Sepenuh Masa.

Kisah 3: Saya sendiri pernah bertanya seorang Ejen Hartanah berbangsa Cina, kenapa dia berminat untuk jadi Ejen Hartanah Sepenuh Masa. Dia menjawab sebab 'Big Money'. "Bukan susah mau buat sale, satu sale per month sudah cukup maa. Boleh cover 3 month punya salary". "Berapa income boleh create sebulan?", tanya saya. "RM10-20k senang-senang saja". Ini jawapan yang memukau saya.

Kisah 4: Sewaktu saya membeli kondo di Bandar Sri Permaisuri Cheras, saya menggunakan khidmat Ejen Hartanah. Ejen ini telah hampir 10 tahun berkecimpung secara sepenuh masa dalam bidang hartanah. Saya cuba tanya berapa pendapatan beliau sebulan, "alaa.. income tak besar.. orang lain lagi besar income mereka.. saya cuma lebih kurang 10 ribu sebulan..". Wow...10k! Saya taknak lepaskan peluang untuk korek rahsia daripada ejen tersebut.

Kisah 5: Saya pernah 'core broke' dengan seorang ejen Cina. Masa saya datang bawa saya punya 'buyer', kemudian Ejen Cina tersebut datang dengan bawa BMW 5 Series. Waduss... ejen hartanah bawa BMW jumpa client. 5 series pulak tuuu...

Tiada ulasan: